Translate

Sunday, March 27, 2011

DUNIA PECINTA FOTOGRAFI



Fotografi bermaksud proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera. Manakala perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos (“cahaya”), dan γραφις graphis (“stilus”, “berus lukis”), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud “pelukisan dengan cahaya” atau “lukisan”. Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil “gambar foto”. Dalam fotografi digit, istilah “imej” telah bermula menggantikan istilah “gambar foto”. (Istilah “imej” ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai “tangkap gambar” dalam bahasa Melayu.


Ramai diantara kita yang telah jatuh hati dan menjadikan bidang fotografi sebagai hobi dan tidak kurangnya juga yang telah menjadikan bidang ini sebagai bidang pekerjaan tetap mahupun sambilan. Bidang fotografi ini juga adalah sebuah bidang seni yang sangat unik, dan hanya segelentir golongan sahaja yang mempunyai kelebihan ini.Seni yang saya maksudkan adalah, cara seseorang fotografer menyampaikan sesuatu massage melalui imej yang diambil. Adakah anda mampu mengambil imej dengan begitu baik jika anda tidak mempunyai kelebihan ini?. Saya pasti anda tidak akan dapat memberikan sesuatu imej yang menarik. Tetapi, jangan pula anda salah faham, kerana anda rasakan anda tiada seni, anda tidak boleh mencuburi bidang fotografi, anda silap.Kenapa?? seni yang saya maksudkan ini boleh diasah kedalam diri kita jika kita  berasa dan ingin mencuba mencuburi didalam bidang fotografi. Dan bukan mudah juga untuk kita fahami sesuatu imej yang diambil oleh fotografer jika kita tidak menghayati dan memahaminya dengan mendalam. Erti kata lain, orang yang melihat juga perlu mempunyai seni untuk merungkai imej-imej yang diambil untuk difahami. Oleh itu, saya ingin katakan "DUNIA FOTOGRAFI" ini sungguh indah bila dicintai.


Bagi seseorang yang ingin menjadi fotografer. Peralatan-peralatan yang perlu anda ada adalah seperti berikut :-

1. kamera DSLR


2. Lensa






3. Flash


Hanya disini sahajalah untuk kali ini. Jadi, kepada sesiapa yang sudah berhajat untuk berjinak-jinak didalam bidang fotografi. Apa lagi, jangan lengah-lengahkan masa anda. Pilih dan belilah camera yang bersesuaian dan kemampuan anda. Kepada sesiapa yang baru mencuburi didalam bidang fotografi dan ingin bertanya, berbincang apa sahaja masalah dan cara penggunaan DSLR , anda boleh search group " PEMINAT DUNIA FOTOGRAFI" di facebook.

ENJOY WITH NEW HOBBY, WE ALL LOVE WORLD OF PHOTGRAPHY.

- YUSRY -

No comments:

Post a Comment