Translate

Monday, February 28, 2011

PENTINGNYA PELABURAN UNTUK MASA HADAPAN

Kan bagus kalau kita boleh tengok masa depan kita. Betul tak??? Kalau susah, kita sediakan payung dari sekarang lagi. kalau senang, rileks je. Apa nak kisah, apa-apa yang berlaku pun, kita dah tahu kesusahan tidak akan terjadi. Tapi, itulah rialiti. Tidak siapa yang tahu apa yang akan berlaku. Hanya kepada Tuhan yang maha esa kita tawakal, dan berserah. Bukan hanya berpelok tubuh sahaja tau. tawakal dan berserah tanpa usaha tiada kejayaan juga.

Sebut pasal pelaburan untuk masa hadapan. Aku nak tanya, korang dah ada ke simpanan tu??? kalau tiada cepat-cepat la rialisasikan. Aku sudah.. Korang bila lagi. Jangan menyesal dikemudian hari dari kesilapan dan persediaan kita yang tidak rapi ye.. :P

Pelaburan yang paling terbaik aku dapat cadangkan kepada korang semua buat masa sekarang nie adalah Pinjaman Pelaburan ASB melalui EasyRHB. Semua orang mampu. Hanya bawa ic ke cawangan easyRHB, 10minit dah dapat keputusan. Kenapa aku cadangkan buat pinjaman ASB nie?? Ok, aku nak korang fahami betul-betul. Katakanlah setiap bulan, dari gaji korang, RM400 disimpan kedalam akaun ASB. Setahun korang dah ada RM4800. Betulkan. Keuntungan pada tahun tu ASB bagi 7.3%. RM4800 x 7.3% = RM350.4 dicampur dengan bonus ada la dalam RM360.++. Ok, Kalau korang buat pinjaman ASB pula. Korang Mintak pinjaman RM100K. Nama clear, dan tak blaclist, aku jamin gerenti lulus. Berbalik pada loan tadi. RM100,000 yang korang pinjam tadi, akan dijadikan sebagai sijil. Sijil nie pihak bank akan pegang sebagai cagaran. Bila loan korang dah habis bayar, RM100K tu akan dicairkan, dari sijil akan menjadi wang tunai dan dimasukkan kedalam akaun asb korang. bila dah masa nie, bila-bila masa korang boleh buat keluarkan. Mengenai pengiraan keuntungan pinjaman nie pula. RM100K x 7.3% = RM7300 dicampur pula dengan bonus ada la keseluruhan RM74++.

Nie aku terangkan lagi mendalam. Secara kasar. Kata la kita buat savings untuk 15 tahun.

SIMPAN SENDIRI

RM400 X 12 X 7.3% /100 = RM350.4

RM350.4 x 15 = RM5256 (dividen selama 15 tahun) + RM72000 ( duit simpanan 15 tahun)
= RM77256++

PINJAMAN ASB EasyRHB

RM429 (bayaran intrest untuk 5 tahun pertama) RM1064 (untuk 10 tahun selepas bayaran intrest)

RM100K x 7.3% /100 = RM7300

RM7300 x 15 = RM109500 (dividen selama 15 tahun) + RM100000 (selepas sijil dicairkan)

= RM209500.++



Sekarang mesti korang nampak kenapa aku cadangkan korang buat pelaburan ASB loan dari EasyRHB nie kan. Jadi sekarang korang dah tahu apa yang perlu dibuat. Perkara yang elok, jangan dilambat-lambatkan.

Hanya disini sahaja celotehku untuk malam ini. Ingat semua kawan-kawan. Langit tak selalunya cerah. jangan diduga walaupun panas terik hujan takkan hujan.

* PILIH JUMLAH PINJAMAN YANG ANDA YAKIN MAMPU UNTUK MEMBAYAR BULANANNYA.

Saturday, February 26, 2011

IMPIAN AKAN KU JADIKAN KENYATAAN... :P

Mesti semua orang ada kereta idaman @ impian kan. Aku pun macam korang semua juga. `GARISAN AWAN' menjadi pujaan dihatiku. Dari kecik aku simpan impian nie, cuma tak tahu la bila ia akan tercapai dan menjadi kenyataan. Tapi tak mengapa, hanya dua prinsip yang aku pegang. `Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan' dan Usaha tangga kejayaan.






Tak tahan la tengok ini kereta. Impian mula berpaut dihati bila firsttime aku dapat tengok skyline depan mata. dengan kekemasan jentera nie aku pasti bukan hanya aku sahaja yang tergila-gilakan dia. Tiap kali ada je majalah-majalah yang memaparkan cerita tentang skyline, comfirm tak akan aku lepaskan untuk membeli.



Orang kata skyline nie bapak segala turbo. Betol ke? didatangkan dengan enjin 2.6cc dan twin turbo, tak bapak lagi ke???? Hehehe.. Tentang harga pula, standart  market value di malaysia nie, rata-rata antara RM180K-RM2++K. Tengok atas tahun juga la.


Apa-apa pun. Aku berharap satu hari, satu masa impian aku yang nie akan tercapai.. Amin..

Ok la kawan-kawan,  petang nie, idea kereta idaman yang bermain difikiran aku. Ada masa bertemu lagi kita ye.. :) :) :)



From Wikipedia, the free encyclopedia

Nissan Skyline GT-R
The Nissan Skyline GT-R in the R34 generation.
ManufacturerNissan
Production1969-1977
1989-2002
AssemblyMusashimurayama, Japan
SuccessorNissan GT-R
RelatedNissan Skyline
Nissan Stagea

The Nissan Skyline GT-R is a Japanese sports car based on the Nissan Skyline range.
The first GT-Rs were produced from 1969-1977. After a 16 year hiatus since the KPGC110 in 1972, the GT-R name was revived in 1989 with the Skyline R32. This car was nicknamed "Godzilla" by the Australian motoring publication "Wheels" in its July 1989 edition, a name that sticks to this day. The R32 GT-R dominated the motorsport in Japan, winning 29 straight victories out of 29 races. The GT-R proceeded to win the JGTC Group A series championship 4 years in a row, and also had success in the Australian Touring Car Championship winning from 1990–1992, until the GT-R was outlawed in 1993.[1] The Skyline GT-R (R33) was also the first production car to lap the legendary Nürburgring in under eight minutes.
The Skyline GT-R became the flagship of Nissan performance, showcasing many advanced technologies including the ATTESA-ETS 4WD system and the Super-HICAS four-wheel steering. The GT-Rs remained inexpensive compared to its European rivals, with a list-price of ¥ 4.5 million (US$ 31,000). Today, the car is popular for import Drag Racing, Circuit Track, Time Attack and events hosted by tuning magazines. The GT-R is the winner in the 2007 Tsukuba Time Attack held in Japan—the M-Speed GT-R (9 out of the top 15 cars consists of GT-Rs). Production of the Skyline GT-R ended in August 2002. It is now currently called the GT-R and the Skyline name has been removed.
The Skyline GT-R was never manufactured outside of Japan, and the sole export markets were Hong Kong, Australia and the UK, in 1991,[2] and New Zealand as used Japanese imports. Despite this the car has become an iconic sports car, including in countries from the Western World (mainly the United Kingdom, Australia, New Zealand, Ireland and Canada).[3][4][5] It has become notable through pop culture such as cinema and video games like The Fast and the Furious series, Initial D, Wangan Midnight, and Gran Turismo.
The car was named by BBC's Top Gear as the only true Japanese contribution in the line of supercars.[6] The car was also named by the main presenter of the show, Jeremy Clarkson, as one of the best cars in the world

-YUSRY-

Friday, February 25, 2011

JALAN-JALAN CUCI MATA @ BUKIT BINTANG & JALAN MASJID INDIA.


Penat tapi seronok. Itulah perasaan yang boleh aku gambarkan ketika ini. `nampak macam tiada idea je?? takkan la pergi bukit bintang pun nak bercerita'???. Sebab itulah aku katakan laman ini untuk coretanku. bagi orang kuala lumpur memang la tak terasa. Dah tempat mereka. Hehehe...

Pertama sekali tadi, setibanya di kawasan bukit bintang. Tempat makan yang mencuri tumpuan aku. `Usha' punya `usha' ternampak sebuah restoran makanan cina halal. Apa lagi, serbu... Macam-macam menu terdapat dikedai itu. Nasik ayam hailam BBQ bersama kelapa `botak' juga menjadi pilihan aku. memang sedap nasik ayam tu. berbaloi la dengan harga RM9.00 sepinggan. Selepas menjamu selera mulut dan mata. Aku menuju pula ke Sungei wang Plaza. Nie bukan 1st time aku pergi ye. Hehehe..

Punya la ramai pengujung kat sungei wang walaupun bukan hujung minggu. Apa lagi, ronda la jawapannya. Masuk-masuk, perghhhhhh.. Sekarang nie tak sama macam dulu dah, banyak gerai-gerai dibuka. Apa orang kata, macam ada. Melangkah kaki menuju ke kedai yang menjual peralatan permainan. Macam-macam jenis mainan ada. Dari diecast hingga la ke barbie. Ternampak 1 barang yang memang cun habis, diecast nissan skyline GTR Nismo Z Tune. Tapi apakan daya hanya mampu melihat. Almaklum la hujung bulankan nie. Hehehe.. Semua tempat aku sudah ronda. Jam pun dah pkul 9 malam. Aku terus keluar dari sungei wang dan menuju ke Jalan Masjid India.



Kerja aku hari nie, makan - ronda - makan. Hehehe.. Tiba di Jalan Masjid india, aku meronda je tengok macam-macam barang. Suasana macam di pasar borong Wakaf Che Yeh je. Cuma yang membezakannya adalah. Pasar borong Wakaf Che Yeh tempat teratur, manakala Jalan Masjid India pula, hanya gerai-gerai dibuka ditepi jalan. Sudah puas aku meronda, Sempat singgah di kedai mamak. Menu yang aku pesan tak la berat sangat. Hanya ABC ICE CREAM SPECIAL dan Roti Canai Telur.


Selesai sahaja makan, aku terus pulang ke rumah kakakku. Buka laptop, dan terhasillah coretanku untuk malam ini. Seperti aku cakapkan tadi. Malam ini tubuh tersangat letih, tetapi berbaloi. Bestnya kenangan hari ini.

Semoga bertemu lagi. Ada kesempatan, aku akan update lagi blog aku ini.

Terima Kasih kerana sudi membaca :)

- YUSRY -

KENANGAN LALU MENGAJAR AKU TENTANG ERTI KEHIDUPAN DAN KEDEWASAAN


Sedih betol la bila teringat cerita, pengalaman, situasi yang lepas. Tapi, tidak semua kenangan dan cerita yang lepas semuanya pahit belaka. banyak juga pengalaman lepas yang indah-indah, dan tak mungkin akan dilupakan. Teringin sangat nak lalui kembali. Tapi, bila kenangan yang pahit dan sedih itu, tak mahu sama sekali ingin bertemu kembali.

Pengalaman dan kenangan-kenangan yang lalu banyak mengajar aku tentang erti kehidupan, kedewasaan, kawan-kawan, dan berbagai lagi. Yang paling ketara dapat dilihat, banyak perkara-perkara itu yang tidak mahu ku lalui menemani hidupku. Tapi tidak mengapa, jika mereka tidak menemaniku, aku tidak akan dapat belajar dan merasa semua kepahitan itu.

Semoga tahun 2011 ini. aku tidak mahu lagi mengulangi pengalaman yang tidak berfaedah dan merugikan diriku semata-mata. Azam 2011 ku, aku mahu berjaya. Aku mahu membantu diriku, keluargaku, agamaku, bangsaku dan negaraku.

YaAllah, hamba mu yang kerdil ini memohon agar kau tunjukkan kepada ku. Jalan yang lurus, benar lagi terang. Dan, kau berikanlah kesejahteraan kepada diriku dan keluargaku. Amin YaAllah.

Sampai disini sahajalah coretan hatiku pada petang yang redup ini.

- YUSRY -