Translate

Friday, February 25, 2011

KENANGAN LALU MENGAJAR AKU TENTANG ERTI KEHIDUPAN DAN KEDEWASAAN


Sedih betol la bila teringat cerita, pengalaman, situasi yang lepas. Tapi, tidak semua kenangan dan cerita yang lepas semuanya pahit belaka. banyak juga pengalaman lepas yang indah-indah, dan tak mungkin akan dilupakan. Teringin sangat nak lalui kembali. Tapi, bila kenangan yang pahit dan sedih itu, tak mahu sama sekali ingin bertemu kembali.

Pengalaman dan kenangan-kenangan yang lalu banyak mengajar aku tentang erti kehidupan, kedewasaan, kawan-kawan, dan berbagai lagi. Yang paling ketara dapat dilihat, banyak perkara-perkara itu yang tidak mahu ku lalui menemani hidupku. Tapi tidak mengapa, jika mereka tidak menemaniku, aku tidak akan dapat belajar dan merasa semua kepahitan itu.

Semoga tahun 2011 ini. aku tidak mahu lagi mengulangi pengalaman yang tidak berfaedah dan merugikan diriku semata-mata. Azam 2011 ku, aku mahu berjaya. Aku mahu membantu diriku, keluargaku, agamaku, bangsaku dan negaraku.

YaAllah, hamba mu yang kerdil ini memohon agar kau tunjukkan kepada ku. Jalan yang lurus, benar lagi terang. Dan, kau berikanlah kesejahteraan kepada diriku dan keluargaku. Amin YaAllah.

Sampai disini sahajalah coretan hatiku pada petang yang redup ini.

- YUSRY -

No comments:

Post a Comment