Translate

Friday, February 25, 2011

JALAN-JALAN CUCI MATA @ BUKIT BINTANG & JALAN MASJID INDIA.


Penat tapi seronok. Itulah perasaan yang boleh aku gambarkan ketika ini. `nampak macam tiada idea je?? takkan la pergi bukit bintang pun nak bercerita'???. Sebab itulah aku katakan laman ini untuk coretanku. bagi orang kuala lumpur memang la tak terasa. Dah tempat mereka. Hehehe...

Pertama sekali tadi, setibanya di kawasan bukit bintang. Tempat makan yang mencuri tumpuan aku. `Usha' punya `usha' ternampak sebuah restoran makanan cina halal. Apa lagi, serbu... Macam-macam menu terdapat dikedai itu. Nasik ayam hailam BBQ bersama kelapa `botak' juga menjadi pilihan aku. memang sedap nasik ayam tu. berbaloi la dengan harga RM9.00 sepinggan. Selepas menjamu selera mulut dan mata. Aku menuju pula ke Sungei wang Plaza. Nie bukan 1st time aku pergi ye. Hehehe..

Punya la ramai pengujung kat sungei wang walaupun bukan hujung minggu. Apa lagi, ronda la jawapannya. Masuk-masuk, perghhhhhh.. Sekarang nie tak sama macam dulu dah, banyak gerai-gerai dibuka. Apa orang kata, macam ada. Melangkah kaki menuju ke kedai yang menjual peralatan permainan. Macam-macam jenis mainan ada. Dari diecast hingga la ke barbie. Ternampak 1 barang yang memang cun habis, diecast nissan skyline GTR Nismo Z Tune. Tapi apakan daya hanya mampu melihat. Almaklum la hujung bulankan nie. Hehehe.. Semua tempat aku sudah ronda. Jam pun dah pkul 9 malam. Aku terus keluar dari sungei wang dan menuju ke Jalan Masjid India.



Kerja aku hari nie, makan - ronda - makan. Hehehe.. Tiba di Jalan Masjid india, aku meronda je tengok macam-macam barang. Suasana macam di pasar borong Wakaf Che Yeh je. Cuma yang membezakannya adalah. Pasar borong Wakaf Che Yeh tempat teratur, manakala Jalan Masjid India pula, hanya gerai-gerai dibuka ditepi jalan. Sudah puas aku meronda, Sempat singgah di kedai mamak. Menu yang aku pesan tak la berat sangat. Hanya ABC ICE CREAM SPECIAL dan Roti Canai Telur.


Selesai sahaja makan, aku terus pulang ke rumah kakakku. Buka laptop, dan terhasillah coretanku untuk malam ini. Seperti aku cakapkan tadi. Malam ini tubuh tersangat letih, tetapi berbaloi. Bestnya kenangan hari ini.

Semoga bertemu lagi. Ada kesempatan, aku akan update lagi blog aku ini.

Terima Kasih kerana sudi membaca :)

- YUSRY -

No comments:

Post a Comment